Cinta Agung

semua manusia didunia ini mempunyai perasaan
untuk dicintai dan menyintai.jadi adakah kita akan
dapat cinta atau kasih dari orang yang kita
cintai.carilah cinta yang sejati,dimana ianya tidak
sungguh indah dan amat beruntug sekali.kita
tidak akan menyesal sekiranya mendapat cinta
yang sejati.untuk mendapatkanny kita haruslah
mempunyai perasaan kasih dan cinta yang amat
sangat untuk ALLAH iaitu pencipta kita semu..

Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan
menyayangi, ingin dikasihi dan
mengasihi serta ingin dicintai dan
mencintai.Mengejar cinta Tuhan, orang
akan suka dan rasa senang. Tiada yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalam
pertarungan merebut cinta Tuhan.Perasaan
sayang manusia tiada terhad sesama
insan semata tetapi meliputi semua makhluk
sama ada yang bernyawa ataupun
tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya
sesama manusia, tidak kepada
benda. Ini yang membezakan di antara ‘sayang’
dengan ‘kasih sayang’.
Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak
salah diberikan sesama makhluk
tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan
untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia
bukanlah kemuncak cinta atau
cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak
kekal. Paling lama sekadar
tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering
berlaku dalam sebahagian
perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati,
cinta itu telah pudar
atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-
agungkan dan dipuja puja itu
hancur berkecai.Di sini barulah kita sedar
bahawa cinta kepada makhluk atau
cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang
hakiki atau sejati. ltu hanya
cinta sementara waktu. Kita sahaja yang
menyangka cinta itu sejati dan
sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam
perjalanan umur, cinta kita kepada
orang lain atau cinta orang lain kepada kita,
dengan sendirinya dia ataupun
kita sendiri yang mengungkainya semula atas
sebab sebab yang bermacam
macam.Oleh kerana itulah, mencintai makhluk
selalu mengecewakan kita
sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan
meminta, menagih atau
mengharapkan sangat untuk mencintai manusia
atau dicintai oleh manusia
walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak
abadi.Sebaliknya berilah dan
terimalah cinta yang kekal abadi.Itulah cinta
agung namanya. laitu cintakan
Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki,
yang sejati, yang kekal
abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan
kebahagiaan di Akhirat.Cintakan
Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta
ini jika berjaya
diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan
dan menenangkan. Buahnya
paling menghiburkan dan paling
membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang
hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian.
Jarang orang memburunya
seperti cinta cinta murahan yang lain. Mungkin
daripada jutaan manusia,
hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah,
walaupun seluruh makhluk
memusuhinya atau membencinya, namun dia
tetap mendapat kebahagiaan dan
ketenangan.Sebaliknya cinta kepada makhluk
tidak akan membawa manusia kepada
kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta
hakiki lagi agung daripada
Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang
beriman dengan Allah dan
mentaati Nya sentiasa tenang walaupun di dalam
kesusahan dan ujian.Oleh yang
demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta
daripada manusia, usahlah
bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun
tidak hakiki dan sejati.
Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung,
iaitu Allah yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang.Beruntungnya
sesiapa yang menjadikan Tuhan
sebagai cinta agungnya.Cinta yang hakiki dan
agung ini jarang orang ambil
perhatian. Jarang orang memburunya seperti
cinta-cinta murahan yang lain.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta
agungnya, amat beruntunglah
hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara
keuntungan yang diperolehinya
ialah:

1. Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam
percintaannya merebut cinta agung.
Seandainya semua makhluk di bumi dan langit
berlumba lumba merebut cinta
Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa
bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat
membalas cinta semua makhluk-makhluk Nya
serentak dari yang sekecil keciInya
hinggalah yang sebesar besarnya. Tiada siapa
yang akan kecundang dan kecewa
dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan,
permusuhan atau peperangan dalam
mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam
perebutan mencari cinta dunia sama ada
cinta manusia, harta, pangkat dan lain lain,
biasanya akan berakhir dengan
permusuhan dan akan ada yang kecewa dan
menderita.3. Mendapat ketenangan dan
kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan
ketenangan, kedamaian, keamanan dan
kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati
senang dan tenang. Bahkan
kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan
dalam usaha meraih cinta agung itu
pun sudah merupakan sebahagian daripada
kebahagiaan. Kadangkala hati resah,
cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap
Tuhan itu berbalas. Dalam
keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula
dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas
Rahmat- Nya. Maka di situ pula
bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri
lemah, dhaif dan lalai,
tertebus pula dengan pengaduan serta
bermanja~manja dengan Allah SWT yang
Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya
rasa kehambaan.
Sebaliknya merebut cinta dunia akan
menimbulkan keresahan dan tiada
ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai
itu sudah ada di tangan,
namun filkiran masih kusut dan berserabut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai
dan diburunya itu pula sudah
ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan
ada yang sanggup bunuh diri
kerana kecewa dalam percintaan yang tidak
kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama sama mencari Tuhan membawa
manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun
manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa,
pangkat, kedudukan malah
jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di
dalarn perjuangan merebut
cinta Tuhan, secara automatik setiap hati
manusia itu akan terikat satu sama
lain. Kerana masing masing sedang dalam
perlumbaan mencari cinta yang satu
iaitu cinta yang hakiki.

Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta
dunia akan mengakibatkan ukhuwah
dan persahabatan makin jauh dan terbarai.
Akhimya akan membawa kepada pecah
belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu
menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah
sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia
seperti hasad, dengki,
sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain lain.
Mazmumah dapat merosakkan
segala kebahagiaan dan ketenangan di dalarn
jiwa seseorang insan. Perlumbaan
mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses
paling berkesan dalam usaha
seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di
dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan
menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti
akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang
menyuburkan lagi pohon
mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang.

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa
senang. Tiada siapa yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalarn pertarungan
merebut cinta Tuhan. Orang
yang berusaha merebut cinta agung akan
disenangi semua makhluk. Manusia
senang dan sayang padanya dan para malaikat
juga turut mendoakannya. Kerana
makin ramai yang berebut mencintai Tuhan,
semakin mendorong kepada
tercetusnya keamanan, ketenangan dan
kebahagiaan.

Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau
perebutan lebih lebih lagi
perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang
dan makin dibenci orang.
Semakin sengit perebutan dunia, makin
bertambahlah huru hara dan porak
peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan.

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan
dan kesepian. Biarpun tiada kawan
bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan
ketakutan kerana Tuhan yang
menjadi cinta agung sentiasa ada bersama.
Malah Tuhan bukan sekadar boleh
memerhati, bahkan boleh menjaga dan
melindungi kita. Malah di waktu kita
tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan
paling kita cintai pun tidak
mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga
dan mengawal kita kerana Dia
tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan
membuatkan hati sentiasa rasa
tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita
berada di dalam kawalan dan
penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi
Berkuasa.

Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri
kepada cinta selain Tuhan, belum
tentu makhluk yang dicintainya itu dapat
mendampinginya sepanjang masa lebih
lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang,
selamat dan menyelamatkan,
manakala
mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit
menghimpit serta memudharatkan.

Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan
Tuhan cinta agungnya dan
malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta
selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang.

Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti
walau sedetik. Ertinya
begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur
kita meninggalkan kita.
Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat
ini jarang kita rasai.
Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia
dan setiap detik jugalah
kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah
kita cintakan dunia, maka apa
yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah
dari kita. Sedangkan
Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat
dengan kita. Alangkah malang
dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa
yang kita suka dan cinta.
Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita
akan berhadapan dengan Tuhan
yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita.
Ertinya kita pergi ke
Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa
apa. Yang kita cinta hendak
ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan
berhadapan dengan kita.
Maka kita akan berhadapan dengan dua kali
penderitaan, iaitu meninggalkan
yang kita
cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita
cinta.Setiap detik, kita makin
jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah
kita makin dekat
menghampiri Akhirat.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia
yang kita cinta makin jauh kita
tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita
cinta masih jauh dari kita.
Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara
yang kekal abadi.

Budaya Ber CINTA

BUDAYA BERCINTA
Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada “dating”, hubungan telefon dan lain-lain.
Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.
`Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : ” Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah”
“if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.
Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

GAMBAR HIASAN

`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)
Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.
Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

ASAM GARAM PERSAHABATAN

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia…semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana….bisanya…ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan dan kepercayaan kepada seseorang kawan… setelah ia mula mempercayai kamu sebagai sahabat hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu sebagai insan yg bernama sahabat…

Jika kamu menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu berharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar sekali utk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memperoleh seorang sahabat yg sejati .. terimalah dia seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik….Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah… Sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat…

THABAT SELAMANYA…..INSYAALLAH..

Gallery

SEMINIT SEJAM SEHARI SETAHUN …..SELAMANYA


………CINTA YANG DICARI
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

who am i?
you sure you know yourself??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

kenapa anjing ????

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing
Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala’m bin Baau’ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi ‘anjing’ kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.

Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.


Anjing Kurap
Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor
Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit
Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi
Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.

Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’. Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah saya ini seekor ANJING?”
Fikir-kikirkanlah semoga menjadi intropeksi diri untuk lebih berintegriti dan berkualiti dari sudut pandang agama yang suci …….wasalam

Almarhum Ustaz Hj Fadzil Noor dalam kenangan

Dato’ Ustaz Hj Fadzil Noor
(1937 – 2002)

Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.

Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.
Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
 Naib Yang Dipertua (1979-1983)
 Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)
 Presiden PAS (1989-2002)
Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis.

Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib.

Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.
Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.

Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di lokap pada malam itu.

Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu.

Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.

Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa.
Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.

Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil Noor adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.

Menangani Fatwa Syuhada’ Memali
Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang- jenazahkan mereka!

Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”

Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya.

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’.

Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.

Kempen Menambah 500,000 Ahli

Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.

Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.
Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan di setiap lorong.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah.

Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

Pelaksanaan Hudud

Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.
Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut.
Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.

Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.

Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negeri Kelantan.

Tahaluf Siyasi dan Reformasi

Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80 buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.
Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini sebagai civil disobedience.
Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.
Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang daripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan MCA ditubuhkan.

Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah meninggalkan parti itu.
PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya dengan Khatijah Sidek.
Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam pilihanraya tersebut.

Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum bukan Islam dalam PAS.

Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi amalan politik PAS.

Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.
Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.
Langkah tersebut telah membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999.

PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan di Terengganu.
Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik Islam.

Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa.
Ustaz Fadzil Noor juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, ISA!

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan siyasahnya.

Menentang Kezaliman ISA

Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.
Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.

Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah.
ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.

Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.

Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.
Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.
Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

Perhimpunan 100,000 Rakyat

Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000 adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.
Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan perhimpunan aman tersebut.

Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.
Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh melaluinya lagi itu.
Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.

Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.

Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr. Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan pembebasan mereka daripada lokap.

Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada 10 April 2001.

Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974, beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling.

Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan- perhimpunan aman.

Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq .

Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia.

Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itu kesihatannya sangat terganggu.

Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan Islam

Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini.
Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN.
Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.
Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.
Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”

Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.

Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan
dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.

Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.
Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.

Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam.

Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.

Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.

Al-Allamah Doktor Abdul Fatah bin Ramzi Al-Bazam

Al-Allamah Doktor Abdul Fatah bin Ramzi Al-Bazam

Sheikh Abdul Fatah bin Ramzi Al-Bazam dilahirkan di Damsyik pada tahun 1362 Hijrah bersamaan 1943 Masihi. Beliau datang dari keturunan yang dipandang mulia oleh masyarakat. Bapanya Al-Marhum Al-Allamah Ramzi Al-Bazam orang pertama dari kalangan ulama Al-Allamah Sheikh Muhamad Solah Al-Farfur, dan beliau di antara ulama-ulama besar di Damsyik.

Sheikh Abdul Fatah mendapat pendidikan awal di peringkat ibtidaiyyah (rendah) di madrasah Aminiah. Seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat thanawiah (menengah) di Jaudat Damsyik.

Pada tahun 1995 beliau berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Falsafah Aqidah Islamiyyah di Jamiah Dirasat Islamiyah Karadi. Beliau sekarang sedang menyiapkan tesis untuk mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang Syariah Islamiyah di Akademik Keilmuan Bako.

Di antara penglibatan beliau dalam kegiatan-kegiatan keilmuan adalah :

1. Beliau mengta’liq kitab-kitab “Syarah Al-Hukum A’toiyyah” karangan Sheikh Abdul Majid As-Sharnubi.

2. Mengta’liq dan mengjelaskan dengan lebih terperinci kitab “Al-Lufaf Fi Sharhi Kitab” karangan Sheikh Abdul Ghani Al-Ghaimi.

Semoga Allah membalas jasa-jasa baik beliau dengan sebaik-baik balasan dan kita mendapat manfaat darinya.

hidup berilmu hidup terpandu

Sejarah Syria

NAMA Syria dikatakan diperkenalkan oleh kerajaan Yunani yang bermaksud ‘wilayah antara Turki di utara dan Mesir di selatan’.

Keluasan Syria ialah 185,000 kilometer persegi dan bersempadankan lima negara iaitu Turki, Iraq, Jordan, Israel dan Lubnan. Ibu negaranya pula ialah Damsyik, antara kota termasyhur dunia dulu dan hari ini.

Kemasyhuran itu diabadikan Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari Andalus (sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: “Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik.”

Nama lain Damsyik ialah Syam dikatakan berasal nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir besar.

Malah, riwayat mengatakan bahawa Rasulullah pernah ke puncak Jabal Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga.

Sebatang sungai yang merentasi kota Damsyik dulunya dipanggil sungai Abana yang bermaksud ‘sumber kehidupan’.

Kewujudan sungai ini membolehkan Syria muncul sebagai pusat penempatan tertua manusia yang dihuni sejak 11,000 tahun lalu.

Kini, pelbagai peninggalan sejarah masih ada di Damsyik, antaranya tembok Rom yang mengelilingi bandar lama Damsyik sejauh 45 kilometer.

Tembok ini adalah sebahagian daripada identiti bandar Damsyik dan tidak dimusnahkan oleh kerajaan Islam yang memerintah Syam pada kurun ketujuh.

Selain itu, ada beberapa pintu gerbang lama. Antaranya ialah ‘Bab Tuma’ yang diambil daripada nama St Thomas.

Selain itu, ada enam lagi pintu gerbang lain yang masih berdiri teguh di ibu negara Syria ini. Semua pintu gerbang ini diperbaiki pada 1227 oleh Sultan An-Nasser Daud bin Essa, pemerintah kerajaan Syubiah.

Selepas itu, ia dibaiki sekali lagi pada 1333 oleh Sultan Tengiz, gabenor Damsyik ketika pemerintahan kerajaan Mamluk.

‘Bab As-Salamah’ yang bermaksud ‘pintu kesejahteraan’ pula dibaiki pada 1243 oleh Sultan Solih Najmuddin Ayub.

Satu lagi yang terkenal ialah ‘Bab Syarqi’ atau ‘pintu sebelah timur’ yang dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga.

Ada pendapat mengatakan, pintu ini dilalui panglima Islam, Khalid al-Walid selepas berjaya membebaskan Syam dari penjajahan Bizantin.

Satu lagi mercu tanda Damsyik ialah bazar yang pernah menjadi pusat kegiatan ekonomi, perdagangan dan kewangan terutama ketika pemerintahan kerajaan Uthmmaniah.

Jika Kaherah, Mesir terkenal dengan Suq atau bazar ‘Khan al-Khalili’, Damsyik pula masyhur dengan ‘Suq al-Hamidiyyah’.

Pada zaman pemerintahan kerajaan Umaiyyah, kedudukan Damsyik amat mustahak iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi.

Sebelum itu, Khalid al-Walid berjaya menamatkan penguasaan kuasa barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 636 Masihi.

Pada 661 Masihi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani umaiyah dan khalifah yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik. Tindakan Muawiyah itu bersesuaian dengan sumbangan besar Damsyik kepadanya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Muawiyah adalah di antara panglima yang membebaskan Mesir, Palestin dan Syria daripada cengkaman Bizantin. Berikutan itu, beliau dilantik menjadi gabenor Syria.

Pada zaman Uthman al-Affan pula, bidang kuasa Muawiyah diperluas hingga merangkumi barat laut Iraq. Muawiyah meninggal pada 680 Masihi ketika berusia 78 tahun dan jasadnya disemadikan di kawasan perkuburan ‘Bab as-Saghir’ di kota Damsyik.

bendera syria

presiden syria sekarang

Ustaz Mustafa Masyhur

TOKOH: USTAZ MUSTAFA MASYHUR

PENDAHULUAN
Bulan November menyaksikan ramai tokoh gerakan Islam meninggal dunia. Lebih kurang 70 tahun yang lalu, bumi Palestin menyaksikan Syeikh Izzuddin Al Qassam dibunuh syahid oleh penjajah Britain.
Pada 1985, Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya dibunuh di Kampung Memali. Empat tahun kemudian (1989) Dr Abdullah Azzam pula di bunuh syahid di Peshawar, Pakistan. Semua ini berlaku pada bulan November.
Tetapi kematian tokoh Islam ini agak berbeza dengan tokoh-tokoh sebelumnya. Ini kerana tokoh ini menghembuskan nafasnya dalam bulan November yang juga bulan Ramadhan yang penuh barakah. Lebih dari itu, tokoh ini meninggal dunia ketika umat Islam sedang bersiap-siap untuk mempertingkatkan ibadat di malam Jumaat.
Jika orang lain meninggalkan wasiat berkaitan harta kepada anak-anak, maka tokoh ini sempat menulis wasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjuang membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin daripada penjajahan Yahudi.
Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul-Am Ikhwanul Muslimin yang kelima. Setelah enam tahun memimpin gerakan Islam yang tertua dan terbesar di dunia ini, beliau dipanggil ilahi dengan penuh kemuliaan.
Ustaz Mustafa, 81, dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Saadiyyin, Muhafazah Syarqiyyah, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama.

SERTAI IKHWANUL MUSLIMIN
Al-Marhum menyertai jamaah Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada tahun 1936. Kisah penyertaannya ke dalam jamaah berkenaan agak menarik. Ketika berhijrah ke Kaherah, beliau sering mengunjungi sebuah masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari, ketika di masjid, beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah yang mengiklankan ceramah agama di sebuah masjid.
Atas sifatnya yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis berkenaan. Di penghujung pengajian, penceramah berkenaan mengumumkan bahawa seorang tokoh ulamak ternama, Ustaz Hasan Al Banna akan berkunjung ke situ untuk menyampaikan ceramah. Sekali lagi timbul perasaan di hati Ustaz Mustafa untuk menghadiri majlis berkenaan.
Di pendekkan cerita, disebabkan kagum dengan kedua-dua ceramah inilah beliau membuat keputusan untuk menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwan Muslimin ditubuhkan oleh Mursyidul Amnya yang pertama, Hasan Al Bana empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah Turki (1924) iaitu pada tahun 1928. Pengaruh Ikhwan tersebar ke seluruh dunia Arab dan sebahagian negara umat Islam.
Matlamat perjuangan Ikhwan ialah berjuang untuk menegakkan negara Islam tanpa kekerasan. Di samping itu mereka berjuang untuk melakukan perubahan dan pembaikan politik dan ekonomi secara berperingkat. Ikhwan turut mementingkan sudut tarbiyyah bagi memastikan ahli-ahlinya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar.
Pengaruh Ikhwan sangat besar. Bahkan penubuhan jamaah, parti dan gerakan Islam di seluruh dunia adalah rentetan daripada penubuhan Ikhwan. Kini Ikhwan Muslimin menguasai 17 daripada 454 kerusi parlimen Mesir di samping banyak kerusi lain di beberapa negara Arab.
Ustaz Mustafa sangat kagum dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Ikhwan. Daripada sebagai ahli biasa, hinggalah akhirnya dipilih sebagai pemimpin tertinggi. Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober lalu. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi. Berkemungkinan beliau akan dipilih sebagai Mursyidul Am dalam pemilihan yang akan diadakan beberapa hari lagi.
Makmun, 83, ialah anak kepada Mursyidul Am Kedua selepas Hasan AlBanna, Hasan Hudhaibi (1950-1973). Makmun pernah menjadi ketua hakim di Kaherah serta pernah mengetuai 37 calon Ikhwanul Muslimin menyertai pilihanraya Dewan Rakyat (Parlimen) pada tahun 1973.

UJIAN
Dalam menjalankan amanah jamaah dan amanah agama, Ustaz Mustafa pernah dipenjarakan beberapa kali pada zaman pemerintahan Jamal Abdun Nasir dan kali terakhir ialah pada tahun 1965 hingga 1971 (enam tahun). Sebaik sahaja Anwar Sadat mengambil-alih pemerintahan, beliau memberikan keampunan kepada ramai anggota Ikhwan yang dipenjara. Mustafa termasuk di kalangan mereka yang dibebaskan.
Walaubagaimanapun, Sadat cuba menangkapnya kembali. Untuk menyelamatkan diri, beliau berhijrah ke Kuwait beberapa ketika sebelum operasi penangkapan beramai-ramai dilakukan pada tahun 1971. Beliau kemudian tinggal di Jermen selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwan ke seluruh dunia.
Beliau pulang ke Mesir beberapa ketika sebelum Mursyidul Am ketika itu, Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia. Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa menjadi timbalannya.
Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari lalu (2002) beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun.
Ustaz Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi kek Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin. Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Al Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beberapa tahun lalu, PAS pernah menjemputnya menghadiri satu majlis di Malaysia dan beliau menyatakan persetujuan untuk menghadirkan diri. Malangnya sebelum berlepas ke Malaysia, pasportnya dirampas dan dikoyak.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Ustaz Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

KISAH KEMATIAN
Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit yang melibatkan otaknya.
Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Ustaz Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid. Apatah lagi beliau adalah pemimpin tertinggi bagi jamaah Islam yang tertua dan terbesar. Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan.
Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.
Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorangpun pemimpin kerajaan dan pemimpin parti yang memerintah, Parti Negara.
Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali….

MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN
1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)
2. Syeikh Hasan Hudhaibi
3. Syeikh Umar Talmisani
4. Syeikh Hamid Abun Nasr
5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Syeikh Makmun Hudhabi
7. Dr Mahdi Akef (sekarang)

“Jalan Dakwah”

antara buku karangan beliau