Sejarah Kota Palmyra


kedudukan kota Palmyra
PALMYRA, antara kota yang mempunyai tamadun yang hebat di Syria dan sejarah Islam. Kota di pedalaman Syria ini, turut menyaksikan kehadiran kuasa asing sejak 2,000 tahun sebelum Masihi.

Penduduk kota ini menerima Islam pada 636 Masihi apabila Khalid al-Walid mengusir tentera Bizantin dari Syria.

Nama Palmyra bermaksud kota pohon palma diberikan pada zaman pemerintahan Rom. Ia bersesuaian dengan panggilan asal kawasan ini iaitu Tadmur iaitu bandar tamar atau kurma.

Kesan peninggalan kota lama Palmyra yang merangkumi kawasan seluas 50 hektar, cukup membuktikan betapa hebatnya kota ini satu ketika dulu.

Kota Palmyra mengecap kegemilangannya pada pemerintahan Rom. Meskipun Palmyra wujud sejak kurun 21 sebelum Masihi, ia hanya muncul sebagai kota terkenal pada kurun kedua Masihi, ketika pemerintahan Septimius Severus.

Pakar sejarah dan ahli arkeologi sependapat bahawa tinggalan kota lama ini adalah antara warisan sejarah paling hebat di dunia. Kedudukannya juga strategik dan menjadi persinggahan penting kabilah pedagang Eropah di barat dan Mesopotamia di timur.

Pedagang membeli bekalan makanan, air dan pelbagai keperluan lain di kota ini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kegiatan perniagaan menjadikan Palmyra pusat perdagangan penting beribu-ribu tahun lalu.

Antara tinggalan yang masih ada hingga kini ialah ‘Colonnade’ atau barisan tiang gergasi. Kegemilangan Palmyra sebagai kota perdagangan terkenal dan pusat empayar Rom di rantau timur hancur pada awal penghujung kurun ketiga Masihi.

Ia disebabkan gerakan pemberontakan terhadap kerajaan Rom oleh pemimpin dan rakyat tempatan Palmyra yang ketika itu dipimpin oleh permaisuri Zenobia.

Pada tahun 273, Maharaja Aurelian menghantar tentera untuk menghapuskan pemberontakan seterusnya menghancurkan kota Palmyra.

Reputasi dan pengaruh Palmyra turut musnah berikutan tragedi itu.

Runtuhan kota legenda ini ditemui pada 1678 dan hanya mula dikunjungi pelancong sejak kurun ke-18.

Kajian sejarah dan arkeologi mula dilakukan pada kurun ke-20 oleh pakar dari Jerman dan Perancis.

Satu-satunya warisan Islam di Palmyra ialah sebuah makam yang dibina pada kurun ke-17 oleh Sultan Fakhruddin Ibnu Ma’an 2, pemimpin Uthmaniah berbangsa Lubnan.

Kehadiran Islam ke sini pada kurun ketujuh membawa kesejahteraan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Islam menghapuskan segala bentuk kepercayaan sesat dan amalan songsang yang berakar umbi di sini sejak sekian lama.

Islam menyempurnakan perjuangan dan risalah rasul terdahulu yang pernah berjuang di bumi Mesopotamia.

Alhamdulillah betapa hebatnya pengaturan dan ketentuan tuhan penulis sudah pun sampai di sana pada bulan Januari yang lepas.Berjalanlah di atas muka bumi Allah s.w.t supaya kamu dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t insyaallah..

gambar kenangan di sana.

semoga terhibur……..sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s