Budaya Ber CINTA

BUDAYA BERCINTA
Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada “dating”, hubungan telefon dan lain-lain.
Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.
`Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : ” Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah”
“if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.
Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

GAMBAR HIASAN

`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)
Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.
Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

Bercuti Di Jordan.

assalamualaikum….
Alhamdulillah seminggu yang lepas penulis berkesempatan bercuti di Jordan.Ini sudah masuk kali kedua penulis ke sana.pertama semasa mula-mula sampai dulu masuk melalui jordan sebelum ke syria.sebenarnya penulis tidak bercadang untuk berlama-lamaan di sana cuma untuk tajdid iqomah ja tapi walillahi aqibatul umur dengan ketentuanNYA agak lama penulis di sana lebih kurang tiga hari.
jadi,di kesempatan yang ada penulis ingin berkongsi sedikit tentang jordan..mudah-mudahan ada bagusnya kerana manusia yang maju ialah manusia yang berilmu pengetahuan..untuk tembusi segenap ruang dan kuasai semua bidang maka inilah caranya..

SEKILAS PANDANG
KERAJAAN HASYIMIYYAH JORDAN

Nama …
Jordan di dalam Bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan . Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh as .

Kemerdekaan …
25 Mei 1946

Kedudukan Geografi :
Barat Daya Asia
290 11’ – 330 22’ Utara dan 340 59’ – 390 18’ Timur

Kawasan …
89 , 342 km2

Topografi …
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan . Laut Mati dan Wadi Araba . Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut . Menuju ke Timur , ketinggiannya semakin bertambah dari utara ke selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah . Puncak tertinggi di Jordan adalah gunung Umm ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter . Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 km . Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam .

Iklim …
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin . Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk . Manakala kawasan Ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan agak hangat sewaktu musim sejuk . Purata suhu dalam bulan Januari di Amman , Irbid dan Aqabah adalah 7.3 , 8.5 dan 16.10C secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7 , 24.7 dan 31.20C pada bulan Julai . Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah

Tumbuhan Semulajadi …
Tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan , pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan

Populasi …
4 , 139 ,000 pada 1994

Kepadatan Penduduk …
46 per segi Km

Bahasa …
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

Agama …
95 % penduduk Muslim , 5 % Kristian

Bandar Utama …
Amman sebagai ibu negara seramai 964,000 penduduk , Irbid seramai 208,000 penduduk dan az-Zarqa’ seramai 344,000 penduduk ( Bancian 1994 )

Kewangan …
1 Dinar = 1000 Fils = 100 Qirsh ( Piasters ) , 100 Dolar = 70.8 JD .

Sejarah Jordan …
Bermulanya perkembangan masyarakat di bumi ini ialah dengan kewujudan beberapa kota bertembok yang muncul di Jordan sekitar 3200 SM . Ketika itu menyaksikan di Baratnya wujud peradaban Mesir dan tamadun Mesopotamia di bahagian Timurnya menjadikan Jordan sebagai laluan perdagangan yang sibuk . Zaman Besi menjelangnya kurun pertama SM menyerlahkan kewujudan kerajaan – kerajaan kecil seperti Edomites yang mentadbir di Selatan Jordan , Moabites bertapak di tengah Jordan , Amorites pula memiliki ibu kota mereka di Hisban di Selatan Amman , Ammonites menguasai sekeliling Amman manakala kerajaan Gilead menguasai kawasan Utara Sungai az-Zarqa’ . Selanjutnya Arab Nabatean mengasaskan kerajaan mereka di Selatan Jordan pada penghujung kurun pertama SM dengan ibu pemerintahan mereka yang kebal di Petra namun akhirnya kecundang kepada kerajaan Roman pada awal kurun ke-2 M . Roman telah mentadbir Jordan selama beratus-ratus tahun sehinggalah diambil alih oleh Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinopel dan bertanggungjawab menyebarkan Kristian di sini selama 400 tahun . Pada kurun ke-7 M , tentera Islam telah keluar dari tanah Arab dan menguasai Roman dan menjadikan Jordan sebagai tanah Islam sehinggalah sekarang . Pada 1916 , Raja Hussein telah melancarkan Pemberontakan Arab menentang kerajaan Othmaniyyah dan pada 1925 sebuah Emirate TransJordan telah diasaskan dengan Raja Abdullah ( cucu kepada Raja Hussein ) sebagai pemerintah . Jordan bebas sepenuhnya dari cengkaman Great Britain pada tahun 1946 .

INDIVIDU …

Muaz bin Jabal

Beliau merupakan pemuda yang kacak dan telah memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair yang dihantar oleh Rasulullah SAW sebagai pendakwah sebelum hijrah ke Madinah . Beliau merupakan pemuda Madinah yang terkenal dengan kebijakannya . Salah seorang daripada 72 orang yang menyertai Perjanjian Aqabah ke-2 dengan Baginda SAW . Dikatakan beliau adalah murid terbaik kepada guru yang terbaik , Nabi SAW . Malah Nabi telah menyatakan bahawa yang terbaik di kalangan umat Nabi dalam mengenali halal dan haram adalah beliau .Beliau juga salah seorang daripada enam sahabat yang diamanahkan untuk mengumpul al-Qur’an antaranya Ubaidah ibn as-Samit , Abu Ayyub al-Ansari , Ubay bin Ka’ab dan Abu Darda’ .Beliau juga diperintahkan Nabi Saw untuk membantu Attab bin Usay dalam mengajar penduduk selepas pembukaan kota Makkah . Beliau juga dihantar ke Yaman untuk mengajar mereka . Seterusnya mereka dihantar Khalifah Umar ke Homs, Syria untuk mengajar mereka dan kemudian beliau menuju ke Palestin . Semasa perjalanan itu beliau turut dijangkiti wabak Taun dan meninggal pada tahun 18 Hijrah .

Amir bin Abi Waqqas

Beliau merupakan Ibnu Sa’ad ibnu Abi Waqqas seorang pemuda yang thiqah dan dikatakan bahawa beliau anak kepada Sa’ad ibnu Waqqas . Beliau juga telah pulang ke rahmatullah semasa wabak taun melanda perkampungan Amwas . Beliau juga telah menyertai peperangan di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah . Meninggal pada tahun 18 Hijrah .

Abi Ubaidah bin Al-Jarrah

Nama beliau adalah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhobbah bin al-Harith sehingga kepada Adnan , berbangsa Quraisy , Bani Fihriy dan merupakan penduduk Makkah . Merupakan salah seorang daripada golongan yang awal memeluk Islam . Juga sangat-sangat menyokong bahkan membawa keseluruhan keluarganya untuk membai’ah Abu Bakar sebagai Khalifah Umat Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW . Telah membunuh bapanya seorang kafir , Abdullah bin al-Jarrah dalam peperangan Badar . Nabi juga menjaminkan syurga untuk beliau dan digelar di kalangan para sahabat sebagai Aamiinul Ummah . Beliau juga banyak meriwayatkan hadith. Dikatakan bahawa beliau berbadan kurus , berwajah cengkung , tinggi serta terdapat beberapa giginya yang patah . Beliau dikatakan mempunyai akhlak yang cukup baik di samping seorang yang tawadhu’ dan penyabar . Sayyiduna Abu Bakar pernah melantik beliau untuk menguruskan Baitul Mal . Beliau juga menggantikan Khalid al-Walid di medan peperangan ketika pemerintahan Sayyiduna Umar al-Khattab . Namun sikap tawadhu’ beliau menyebabkan beliau bersabar sehinggalah kota Damsyiq dibebaskan daripada tentera Rom . Beliau telah meninggal dunia dalam wabak taun yang melanda pada 18 Hijrah ketika zaman Sayyiduna Umar . Wabak taun tersebut dinamakan Taun Amwas dengan dinisbahkan kepada tempat tersebut , Amwas yang merupakan satu kawasan di antara Ramallah dan Baitul Maqdis . Ketika itu jumlah tentera yang bersamanya seramai 36,000 tentera dan apabila meninggal sahaja Abi Ubaidah dalam usia 58 tahun maka wabak taun tersebut hilang dan hanya 6,000 pemuda sahaja yang terselamat . ( Siyar A’lamin Nubala’ )

Dirar bin al-Azwar

Merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan turut menyertai beberapa siri peperangan di bawah kepimpinan Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah . Beliau telah meninggal pada tahun 18 Hijrah akibat wabak taun yang melanda dan wabak tersebut dipanggil Taun Amwas .

Abdurrahman bin Auf

Nama beliau adalah Ibnu Abdu Auf bin Abdu bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai , Abu Muhammad . Lahir 10 tahun selepas Tahun Gajah. Salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin masuk ke syurga dan juga seorang ahli dari enam ahli syura yang dipilih Sayyidina Umar selepas kewafatannya . Selain itu beliau juga di kalangan golongan terawal memeluk Islam serta salah seorang daripada lapan yang memeluk Islam pada peringkat awal Islam dan merupakan ahli Badar , pemuda Quraisy dan daripada Bani Zuhri . Beliau juga banyak meriwayatkan hadith . Namanya semasa Jahiliyyah dipanggil Abdu Amru dan ada pendapat mengatakan namanya Abdul Ka’abah . Kemudian Rasulullah memanggilnya sebagai Abdurrahman . Wajahnya cerah dan berdada bidang . Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah ketika berusia 75 tahun . Beliau telah menjangkakan kematiannya akan tiba sebulan sebelumnya dan banyak bersedekah malah turut mewasiatkan 1000 kuda pada jalan Allah . ( Siyar A’lamin Nubala’ )

Nabi Yusha’ bin Nun

Baginda merupakan pengikut Nabi Musa as dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa as sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan Nabi Khidir as oleh Allah Ta’ala . Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk memegang bekas ikan dan memberitahu Nabi Musa as sekiranya ikan tersebut hilang ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Syuaib

Nabi Syuaib as diutuskan Kaum Madyan ( Bandar Madyan berdekatan dengan Ma’an di sudut Syam dan berhampiran juga jika dari sudut Hijjaz dengan Laut Mati ) Baginda adalah Syuaib bin Yushkhor bin Lawi bin Ya’kub . Malah ada juga pendapat yang menunjukkan pertalian nasab baginda dengan Nabi Ibrahim . Dikatakan juga datuknya atau emaknya adalah anak kepada Nabi Luth . Malah ada juga pendapat yang menyatakan baginda beriman ketika hari Nabi Ibrahim as dibakar Namrud dan kemudian mengikut Nabi Ibrahim as berhijrah ke Damsyiq dan ada pendapat lain menyatakan mereka berhijrah ke Syam dan keduanya berkahwin dengan kedua anak perempuan Nabi Luth as . Nabi Syuaib as digelar sebagai Pemidato Para Nabi kerana kepetahan dan keindahan ibarat yang digunakan dalam berdakwah . Antara kemungkaran Kaum Madyan adalah mereka merompak , menghalang dan mengganggu di jalan serta menyembah pokok ( yang besar dan merimbun ) di samping menipu dalam sukatan dan timbangan . Mereka diazab Allah dengan kepanasan yang amat sangat dan Allah kekalkan angin panas itu selama 7 hari dan tidak ada guna walaupun mereka cuba menyejukkan diri dengan air atau berteduh Satu ketika mereka semua berteduh di bawah setompok awan maka Allah pun menurunkan kepada mereka azab kepanasan atau sebaliknya dan kemudian tanah yang mereka pijak bergegaran lalu kedengaran satu teriakan dari langit yang mencabut nyawa dari jasad mereka . Nabi Syuaib wafat di Makkah dan bersamanya ketika itu segolongan orang yang beriman dan kubur mereka terletak di Barat Makkah antara Darun Nadwah dan Dar Bani Sahm . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Ayub

Nabi Ayub as berasal daripada Rom . Baginda adalah Ayub bin Musho bin Zirakh bin al-I’s bin Ishaq bin Ibrahim as . Dikatakan isterinya bernama Liya binti Yaakub as . Nabi Ayub as mempunyai harta , binatang ternakan dan peliharaan serta hamba yang banyak di samping tanah yang luas . Anak dan ahli keluarganya juga ramai . Kemudian Allah mengujinya dengan penyakit yang teruk dan hanya hati dan lisannya sahaja yang tidak terjejas lantaran penyakit itu . Tetapi Nabi Ayub sentiasa sabar dan sentiasa berzikir kepada Allah . Apabila dia mengasingkan diri di kawasan terpencil maka isterinya turut menemaninya sehinggalah dia disembuhkan Allah . Apabila baginda wafat usianya ketika itu 93 tahun . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Nuh

Nama baginda adalah Nuh b. Lamik b. Matusylakh b. Khonukh ( Nabi Idris ) b. Yarid b. Mahlayil b. Qinan b. Anush b. Syith b. Adam a.s. Jarak antara kelahiran baginda selepas kewafatan Nabi Adam as adalah selama 126 tahun dan ada juga yang menyatakan 146 tahun , 10 kurun lamanya antara waktu kelahiran Nabi Adam dan lahirnya Nabi Nuh . Baginda menjadi Rasul apabila berusia 480 tahun dan berdakwah selama 950 tahun dan baginda hidup selepas peristiwa banjir besar selama 350 tahun . Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa kubur baginda terletak di Masjidil Haram . Tetapi ramai dari golongan yang terkemudian menyatakan kubur baginda berada di al-Baqa’ yang dikenali hari ini sebagai Karak Nuh dan masjid telah dibina disini dengan sebab kewujudan makam tersebut . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Luth

Nabi Luth as hidup pada zaman Nabi Ibrahim as kerana dia juga merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim as . Nama baginda adalah Luth b. Harun/Haran b. Tarikh ( dikenali juga sebagai Aazar ) . Nabi Luth as telah pergi ke Bandar Sadum dengan perintah Nabi Ibrahim as . Kaum Luth ketika itu melakukan kemaksiatan yang paling teruk dilakukan sejak zaman-zaman yang sebelumnya iaitu liwat atau homoseksual . Maka selepas dakwah yang dijalankan oleh Nabi Luth ditentang kaumnya maka mereka seluruhnya yang mungkar dibinasakan Allah Ta’ala .(Qasasul Anbiya’)

Abu Musa Asha’ari

Nama beliau adalah Abdullah bin Qays bin Sulaim bin Haddhor bin Harb , seorang Imam yang ulung dan juga sahabat Rasulullah SAW keturunan Bani Tamim di samping seorang yang faqih dan pembaca al-Qur’an yang diakui . Rasulullah SAW pernah mendoakan keampunan dosa untuknya di samping jaminan tempatnya di syurga . Pernah menjawat jawatan sebagai gabenor di Kufah ketika zaman Khalifah Umar al-Khattab dan juga pernah menjadi wali di Basrah . Beliau telah kembali dari Habsyah semasa peristiwa peperangan Khaibar . Beliau juga turut berjuang bersama-sama Rasulullah SAW di samping mempunyai ilmu yang banyak . Beliau juga bertanggungjawab membuka wilayah Asfahan pada zaman pemerintahan Umar . Dia juga turut membuka Tustar , bandar di Khozastan . Dikatakan juga tidak terdapat di kalangan sahabat yang mempunyai suara yang lebih baik daripadanya . Berbadan rendah dan ringan di samping mempunyai janggut yang tidak lebat . Merupakan seorang yang warak dan menjadi wakil kepada Sayyidina Ali KWJ ketika Perjanjian Tahkim dan beliau berhadapan dengan Suhail bin Amru wakil kepada Mu’awiyah bin Abi Sufian . Beliau meninggal dunia dalam peperangan pada bulan Zulhijjah tahun ke 44 Hijrah . ( Siyar A’lam Nubala’ )

Zaid bin Harithah

Abu Usama Zaid bin al-Harithah dan merupakan sahabat termuda memeluk Islam selepas Ali . Hamba yang dimerdekakan dan menjadi anak angkat Rasulullah SAW . Menyertai semua peperangan bersama Rasulullah dan dilantik menjadi ketua dalam beberapa ghazwah dan saraya .

Ja’afar bin Abi Talib

Sepupu Rasulullah dan abang sulung kepada Sayyidina Ali . Dari kalangan yang pertama memeluk Islam .Mengetuai hijrah pertama dari Makkah ke Habsyah . Duta Islam yang terkenal dengan uslub dakwahnya dan berjaya mengIslamkan Raja Najasyi . Tangannya terputus semasa peperangan Mu’tah dan Rasulullah bermimpi dia terbang ke syurga . Dia juga digelar sebagai Ja’afar at-Thoyyar .

Abdullah bin Rawwahah

Abdullah Rawahah bin Tha’labah bin Amru Qiys bin Tha’labah adalah cucu kepada penyair Amru Qiys dan mewarisi kebolehannya juga . Penyair Rasulullah bersama Hasan bin Thabit . Syairnya yang bertajuk Arasy Rahman sering diperkatakan dan diperbahaskan oleh para ulamak Tauhid .

PERISTIWA …

Peperangan Fahl

Semasa pasukan tentera Islam yang dipimpin Khalid al-Walid berusaha menewaskan tentera Rom , mereka telah dikejutkan dengan berita kewafatan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq . Namun pasukan tersebut kekal mara dan mereka menuju ke Fahl yang terletak di bumi Jordan . Mereka akan berhadapan dengan sepasukan tentera Rom di Fahl dan ketika itu tentera Rom telah berada di Baisan , satu daerah yang terletak antara Jordan dan Palestin ( utara Laut Mati ) . Tentera Rom telah memecahkan aliran sungai di Baisan yang menyebabkan perjalanan tentera Islam terganggu dan mereka menggelarkan kawasan itu sebagai Dzat ar-Radghah . Akhirnya peperangan pun berlangsung di Fahl dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam . Mereka berjaya menguasai Fahl pada tahun 13 Hijrah bersamaan bulan ke-6 pemerintahan Sayyidina Umar. Selepas itu mereka mara menentang Rom sehingga tentera bertindak berlindung di Kota Damsyiq dan mengunci pintunya .

Ashabul Kahfi
Kahfi dikatakan sebagai sebuah gua di gunung . Para ulamak berselisih berhubung kedudukan gua ini sama ada terletak di Ailah atau Ninawa atau di Balqa’ atau di Rom . Tujuh pemuda ini ( Miksilmina , Yamlikha , Maslitina , Marnos , Debronos , Sawnos dan ar-Ra’ie ) dikatakan anak raja yang telah beriman pada hari perayaan kaum mereka yang menyembah patung . Lantas mereka dikurniakan hidayah oleh Allah dan melarikan diri dari negara itu yang diperintah oleh Raja Diqyanus . Dinyatakan bahawa gua tersebut pintunya menghadap ke arah utara manakala dalam gua tersebut menghala ke arah kiblat . Matahari ketika terbit akan condong sedikit dari gua mereka ke sebelah kanan dan apabila terbenam matahari akan menjauhi mereka ke sebelah kiri . Lantaran itu mereka ditakdirkan Allah untuk berada dalam keadaan udara dan angin yang sejuk sehingga mereka tidak mendapat mudharat dari kepanasan matahari . Anjing mereka bernama Himran dan ada pula pendapat yang menyatakan Riyan atau Qithmir atau Basith atau Naqiyya . Anjing ini dikatakan menjaga pintu gua tersebut manakala ketujuh pemuda tidur selama 309 tahun Qamariyyah sehinggalah terjaga pada zaman kerajaan Islam yang rajanya dikatakan bernama Dafsus / Afsus daripada tanah Rom dan menukar namanya apabila memeluk Islam kepada Tarsus ( al-Bidayah wan Nihayah )

Peperangan Mu’tah

Peperangan ini berlaku pada bulan Jamadil Awal , tahun kelapan Hijrah dan Mu’tah ialah sebuah kampung yang terletak di utara Syam dan sekarang dikenali sebagai Karak . Mu’tah terletak10 km dari daerah Karak . Populasi penduduk hampir 4000 orang dan terdiri daripada kaum Sorairah , Trawnah , Majali dan lain-lain . Di pinggir Mu’tah wujud masyarakat Badwi yang hidup secara nomad mengikut 4 musim . Peperangan Mu’tah berlaku di sini pada Jamadil Awal 8 Hijrah bersamaan 629 Masihi apabila pihak Rom di Syam telah membunuh utusan Rasulullah SAW , al-Harith Umair al-Azdi ( makamnya di Busairah , Tofilah ) . Punca peperangan ini tercetus apabila al-Harith bin ‘Umair al-Azdi , utusan Rasulullah SAW kepada Raja Busra dibunuh dan beliau seorang sahaja dari kalangan para utusan Rasulullah SAW yang dibunuh . 3000 tentera Islam telah keluar atas arahan Rasulullah pada musim dingin dan berhadapan seramai 200,000 musuh ( gabungan Rom dan Arab ) . Islam menang dalam peperangan ini dan 12 syuhada’ telah kembali ke rahmatullah .( Kitab Mukhtasor al-Jami’ Fi as-Sirah an-Nabawiyyah ).

TEMPAT …

Kota Greco-Roman Umm Qays ( Gadara )

Umm Qays menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah . Umm Qays terletak di kawasan berbukit dan menjanjikan panorama yang memikat penglihatan . Dari sini jelas kelihatan Tasik Tiberia , Bukit Golan , juga pemandangan perkampungan di Utara Jordan dan sekiranya bernasib baik dapat melihat tompokan salji di puncak Gunung Hermon . Kedudukannya yang strategik dikelilingi Sungai Yarmouk di utara , hutan berbukit Ajlun di selatannya , dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa. Pada awalnya Alexander the Great telah menjadikan Gadara sebagai pusat tentera Ptolemy namun hanya seketika apabila Seleucid mengambil alih Gadara selama 100 tahun pada 198 SM . Tembok bandar yang dibina Seleucid kekal dan terletak berhampiran kawasan meletak kenderaan di sini . Seterusnya Gadara dikuasai Roman dan dihadiahkan kepada Raja Herod dan dipulangkan kepada Roman kembali setelah kematiannya . Gadara kemudian beralih tampuk pemerintahannya kepada kerajaan Byzantine . Awalnya Kristian agak sukar tersebar lantaran agama Greco-Roman telah dominan di sini . Namun berikutan Pemerintahan Milan pada 303 M agama Kristian telah tersebar luas malah sebuah Gereja berbentuk oktagon telah dibina di rangkaian Acropolis . Musim panas 636 M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara . Dikatakan bahawa sewaktu perang Salib Gadara telah musnah akibat beberapa siri gempa bumi dan sewaktu Perang Salib II ia merupakan sebahagian dari Kerajaan Jerusalem di samping merupakan medan pertahanan dalam menghalang tentera Arab . Menjelang kurun ke-19 Gadara telah kosong dan penduduk di sini hidup secara nomad . Semasa zaman Othmaniyyah apabila Kanun Tanah Othmaniyyah dilancarkan maka Gadara telah dihidupkan dengan tuan tanah yang baru . Rata-rata golongan miskin menduduki persekitarannya yang kini merupakan pusat bandar Umm Qays. Perbezaan binaan zaman Othmaniyyah adalah dibina daripada batu kapur putih manakala bangunan yang lebih awal darinya dibina dari batuan igneus ( gunung berapi ) yang hitam .

Tabaqat Fahl ( Pella )

Dikenali sebagai Pella merupakan salah satu dari kota Decapolis ( 10 kota yang di bawah kuasa Greco-Roman namun bebas dalam politik , ekonomi dan kebudayaan mereka ). Pella menjanjikan kepada para pengunjung pemandangan terhadap sisa-sisa tinggalan binaan dan penempatan zaman Kalkolitik sejak kurun ke-4 SM . Juga tempat di mana berlakunya peperangan Fahl yang berlangsung semasa awal pemerintahan Sayyidina Umar al-Khattab .

Gua Nabi Luth

Nabi Luth dikatakan berlindung menyelamatkan diri bersama 2 orang anak perempuannya yang bernama Aritha , sulung dan yang bongsu bernama Zaghrita sahaja . Dikatakan juga pada awal perjalanan isteri Nabi Luth as , Walihah atau Walighah turut mengikuti namun kemudiannya berpatah kembali kepada kaumnya . Ahli kitab menyatakan bahawa malaikat yang menjelma dalam bentuk 2 pemuda yang tampan ( malaikat Jibrail , Mikail dan Israfil yang juga menziarahi Nabi Ibrahim untuk menyampaikan perkhabaran kelahiran anak baginda , Nabi Ishaq ) telah mengarahkan Nabi Luth as dan anak-anaknya agar mendaki ke puncak bukit namun baginda ingin pergi ke kampung yang berhampiran lantas malaikat menyatakan mereka akan menunggu sehingga Nabi Luth selamat sampai di kampung itu . Dinyatakan bahawa kampung tersebut bernama Sighor yang dikatakan terletaknya Gua Zughor ( Qasasul Anbiya’ )Tempat ini terletak berhampiran Laut Mati dan dipanggil juga sebagai Sanctuary of Lot .

Qal’ah ar-Rabad

Istana Arab yang terletak di Ajlun dan binaan yang terdapat di sini dilaksanakan oleh seorang dari panglima tentera kepada Solahuddin Al-Ayubi .

Ajlun

Ajlun menjanjikan pemandangan yang indah dan memukau mata . Di sini pengunjung boleh melihat istana kawalan , contoh terbaik seni bina ketenteraan Islam di samping kewujudan terowong , tangga dan dewan-dewan untuk diterokai . Merupakan bukit hutan pine yang tertinggi di utara Jordan . 32 km dari utaranya terletak Bandar Irbid yang dikenali dalam catatan sejarah sebagai Arbilla juga antara bandar bersekutu dalam Decapolis tetapi hanya tinggal sedikit kesan sahaja lagi . Berhampiran di kampung al-Husn di jalan menuju ke Jerash terdapat anak bukit yang dipercayai mengandungi sisa-sisa bandar silam yang wujud sejak 3000 SM .

Jerash ( Gerasa )

Gerasa merupakan nama Jerash yang telah diubahsuai oleh kerajaan Rom . Pada 332 S.M. Jerash berada di bawah penaklukan Alexander The Great yang ingin menyatukan Timur dan Barat di bawah perundangan Greek . Jerash ketika itu diperintah oleh Ptolemy II yang menukarnya dari kampung yang kecil kepada sebuah bandar metropolis . Pada 223 – 187 SM Jerash ditakluk Antiochus III dari Syria dan menjadi sebuah kota yang hebat . Pada 63 SM , Jerash dikuasai pula oleh General Pompey – Roman yang menukar nama Jerash kepada Gerasa . Jerash juga turut dipengaruhi rakan perdagangan dan sekutunya iaitu Kerajaan Arab-Nabatean dalam pelbagai aspek . Pada 106 M Maharaja Roman-Trajan berpendapat bahawa Arab Nabatean adalah musuh lalu serangan dilancarkan ke atas pusat mereka di Petra . Tanda kemenangan mereka dipamerkan dengan terbinanya Gerbang Utara di hujung Jalan Colonnade . Tugu Hadrian atau Tugu Kejayaan merupakan monumen pertama yang kelihatan dari Amman yang dibina pada 130 M sebagai meraikan kedatangan Maharaja Roman- Hadrian . 395 M menyaksikan agama Kristian menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian ( 527 – 565 M ) bilangan gereja meningkat kepada 12 . 614 M Jerash dikuasai Persia yang membinasakan hampir semua monumen mereka namun Roman di bawah pimpinan Maharaja Heraclius pada 627 M telah merampas semula dan Jerash telah menjadi Ghassanide di bawah pemerintahan mereka . 636 M merupakan detik di mana Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umayyah ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa di samping kawasan industri pasu belanga . Antara binaan yang kekal adalah Masjid Umayyah – Jerash yang dipercayai tertua di Jordan . Pada 749 M Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja. Jerash tidak terkecuali daripada bahang perang Salib apabila Raja Baldwin I ( 1058 – 1118 M ) cuba menguasainya namun gagal dan pada cubaannya menentang Syria dia telah memusnahkan sebahagian kawasan ini dan membakarnya . Pada zaman Uthmaniyyah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan . 1927 M , Jerash telah menjadi sub-daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British sehinggalah pada kemerdekaan Jordan pada 1946 yang telah menyaksikan Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan .

Qal’ah al-Azraq

Qal’ah ini terletak di laluan perdagangan utama dan berfungsi sebagai kunci persimpangan perdagangan dari Saudi Arabia , Iraq dan Syria . Kolam air yang segar di sini yang kini telah dikosongkan menjadikannya satu ketika dahulu sebagai oasis yang terbesar di Jordan . Warna biru air kolam ini diletakkan pada nama Qal’ah ini . Kota ini dipercayai digunakan kerajaan Roman sebagai kubu pertahanan mereka dan begitu juga apabila dibina semula oleh Konstantine . Pada kurun ke-13 M , kota ini dibina semula oleh kerajaan Islam Ayyub . Arkeologi mempercayai bahawa kota ini terus digunakan sehingga Perang Dunia I . Qal’ah ini telah menjadi pusat kawalan Syarif Hussein di Makkah ( moyang Raja Hussein ) dan Lawrence of Arabia semasa Pemberontakan Arab menentang Empayar Othmaniyyah . Daripada Qal’ah ini mereka berdua telah memimpin tentera keluar pada September 1918 untuk serangan terakhir ke atas Damsyiq yang menandakan penentangan dan kekalahan Turki dan penamat kepada Perang Dunia I di timur Tengah .

Qasr ‘Amra

Merupakan salah satu kawasan yang dilindungi di bawah Kawasan Warisan Kebudayaan Dunia tajaan UNESCO . Istana kecil ini dihiasi dengan lukisan dinding yang hidup dan realistik di samping potongan-potongan mozek yang tersusun menarik . Dipercayai dibina oleh Khalifah Walid I atau anaknya Khalifah Yazid II . Pemandangan yang terdapat pada dinding istana ini menjadikan ia sebagai satu kawasan tarikan pengunjung lantaran ketinggian seni bina dan ukirnya yang tiada tolok bandingnya . Istana ini merupakan tempat permandian sebagaimana masyarakat Islam ditekankan dengan nilai-nilai kebersihan . Sistem pengairan dengan tangki air dan perigi terletak di Utara pintu masuk . Terdapat juga relau di kubah bilik stim . Awal sekali , bilik sejuk atau frigidarium akan dimasuki dan dituruti dengan bilik panas atau dipanggil tepidarium dan akhir sekali adalah bilik hangat atau caldarium di mana tetamu akan disabun dan diurut . Manakala di pintu masuk pula menyediakan tempat persalinan pakaian dan kawasan berehat di kolam mandi . Di bilik hangat tadi terdapat sebuah kubah yang menakjubkan dan digelar sebagai Kubah Syurga .

Qasr Harrana

Terletak 35 km dari Qasr Mushash dan dibina pada penghujung kurun ke-7 M . Qasr Harrana merupakan antara istana padang pasir yang terpelihara paling baik dengan ketinggian 2 tingkat serta dinding batu yang indah . Selain itu pintu masuknya berbentuk bulat dan begitu juga sudutnya ada menara . Dibina dariapada 2 jenis batuan kapur dengan keluasan 35m2 dan di kedua sisi pintu masuk terdapat bilik besar yang dipercayai sebagai tempat kandang kuda dan bilik stor . Di dalamnya pula terdapat 61 bilik menghadap ke dataran tengah istana . Kebanyakan bilik itu disusun dengan keadaan 4 atau 5 bilik mengelilingi dewan besar . Di dataran tersebut terdapat 2 tangga yang menuju ke tingkat 2 dan atap . Arkeologi menyatakan Qasr Harrana bukannya kubu pertahanan berdasarkan bentuknya dan ruang memanah di atas istana itu terlalu tinggi dan sempit malah ada teori menyatakan bahawa ini merupakan tempat pertemuan politik pemimpin Umayyah bersama ketua-ketua puak di samping kedudukannya yang berhampiran jalan perdagangan Azraq dan Arab . Teori lain mengatakan bahawa Qasr Harrana adalah tempat perhentian bagi kafilah-kafilah perdagangan .

Desert Castle

Padang pasir Jordan ditandai dengan kewujudan sebuah istana dan merupakan rumah persinggahan untuk perburuan untuk putera Sultan pada 7-8 kurun pemerintahan Umayyah . Keseluruhan istana ini dihiasi dengan seni arkitektural dan penampilan kreatif yang menakjubkan .

Dead Sea

Laut Mati merupakan satu daripada tanda azab Allah ke atas hamba yang ingkar iaitu Kaum Luth yang telah melakukan perbuatan liwat . Allah telah jadikan kawasan ini dan sekitarnya tidak bermanfaat airnya dengan tumbuhan dan seumpamanya . Tempat yang dibinasakan ini terdiri dari 7 bandar mengandungi sebanyak 400,000 jiwa , dikatakan juga 4 juta jiwa . Diangkat kesemuanya sehingga sampai ke penghujung langit sehingga terdengar malaikat kokokan ayam dan salakan anjing mereka . Kemudian kesemua mereka diterbalikkan dan yang mula-mula sekali jatuh adalah pemimpin-pemimpin mereka . Kemudian mereka ditimpa dengan hujan batu yang berterusan dan berturutan dan pada setiap batu telah tertulis nama orang yang akan ditimpanya . ( Qasasul Anbiya’ )

Petra

Petra merupakan kota warisan kerajaan Nabatean , bangsa Arab yang kreatif dan produktif dan tinggal di selatan Jordan 2000 tahun dahulu . Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yang berisi rempah dan sutera India , gading Afrika serta kulit haiwan . Zaman kegemilangannya menyaksikan Kerajaan Nabatean merentasi Damsyiq termasuk Sinai dan padang pasir Negev serta sebahagian besar tanah Arab . Namun kehebatannya menjadi ancaman kepada Maharaja Trajan – Roman lalu pada 106 M serangan telah dilancarkan . Apabila Roman mengambil alih mereka telah mengalihkan jalan perdagangan mereka ke Basrah( Syria ) menjadikan Petra diabaikan begitu sahaja . Pada kurun ke – 16 Petra telah hilang begitu sahaja kepada dunia Barat selama 300 tahun sehinggalah pada 1812 M Johann Burckhardt , pengembara Swiss telah menemui kawasan itu dan menyatakan kebarangkalian kesan runtuhan di Wadi Musa itu adalah peninggalan silam Petra . Seterusnya pada 1924 M , ekspedisi pertama ahli arkeologi cuba meneroka Petra di bawah naungan Sekolah Arkeologi British di Jerusalem . Kedudukan Petra yang mengkagumkan telah menggamit ramai pengunjung walaupun jauh terpencil dan terpaksa melalui jurang di celahan tebing gunung setinggi 100 meter .

Gulf of Aqaba

Gulf of Aqabah ini hakikatnya menyimpan khazanah sejarah semenjak kurun ke-4 SM . Tell al-Khalifah terletak di sempadan Jordan-Eilat ringkasnya dikenali sebagai Ezion-Geber sebagaimana yang termaktub dalam Bible . Turut dinyatakan bahawa di sini Raja Sulaiman telah membina sebuah armada perang yang belayar ke Ophir ( Somalia ) dan telah membawa pulang emas yang banyak dan kawasan itu ditemui selepas 8 SM selain menjadi tempat peleburan tembaga dan persinggahan kafilah perdagangan . Menjelang kurun pertama SM , Nabatean yang sering merompak pedagang di Laut Merah telah tinggal di Ayla dan pada masa yang sama para pedagang dari Ailana telah dijumpai di Yaman . Bermula dari 106 M kawasan ini mengalami perubahan perundangan bermula dari Roman seterusnya pemerintahan Islam . Puak Ghassan pada awalnya menguasai Ayla mewakili kerajaan Byzantium . Dinding bandar Ayla telah dibina pada awal era Islam sebagai satu contoh betapa Islam memberikan hak dan polisi urbanisasi . Bandar Islam Ayla ini berkembang maju sehingga kurun ke-12 M apabila bandar ini ditimpa gempa bumi dan dituruti serangan Badwi serta peperangan Salib . Kubu Aqabah telah dibina semula pada 1587 M di bawah seorang daripada pemerintah terakhir Sultan Mamluk ( Sultan Qansweh al-Ghuri , 1501 – 1516 M ) dan telah beberapa kali diubah suai selepas itu . Tentera Seragam Hashimiyyah telah ditempatkan di atas pintu masuk utama semasa Pemberontakan Arab dalam Perang Dunia I di mana menyaksikan orang Turki beramai-ramai dihalau keluar dari kota ini . Pada permulaan kurun ke-16 , Empayar Othmaniyyah telah menguasai Aqabah dan pulau di sini . Selama 400 tahun bandar ini kekal sebagai perkampungan nelayan sehinggalah pasukan Othmaniyyah keluar dari kota ini setelah diserang tentera Arab di bawah pimpinan Raja Hussein bin Ali , pemimpin Hasyimiyyah dalam Pemberontakan Arab dan turut serta Raja Hussein adalah Lawrence of Arabia .

Wadi Rum

Ahli geologi menyatakan bahawa Lembah Rom ini terbina dari belahan yang dahsyat di permukaan bumi akibat gangguan pergerakan plat bumi yang hebat sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arabian . Ahli arkeologi percaya bahawa kawasan ini telah didiami sejak zaman Neolitik lagi iaitu antara 8-6 SM dan dikenali sebagai Wadi Iram . Air panas yang terpancut segar telah menyebabkan Rum tumpuan kafilah perdagangan yang menuju ke Syria dan Palestin dari Arab . Batu api zaman Neolitik , pasu belanga Zaman Besi dan lukisan dinding Minaean menunjukkan wujudnya penempatan Nabatean malah sebelum Islam kawasan ini pernah dihuni penduduk ‘Aad , Thamud , Lihyan dan Ma’in . Namun Nabatean mampu menonjolkan tamadun dan peradabannya berbanding yang lain lantaran kecemerlangan aktiviti perdagangan dan binaan monumen-monumennya . Kajian yang terperinci menunjukkan bahawa di selatan Wadi Rum menunjukkan wujudnya penempatan Kaleolitik pada 4500 SM . Manakala di puncak bukit , kaki Jabal Rum terletak kuil Allat yang asalnya dibina oleh kaum Aad dan diambil alih oleh Nabatean pada kurun pertama SM . Manakala inskripsi berkenaan Kaum Thamud telah ditemui di kaki kedua tebing batu di wadi yang utama dan boleh ditemui pada beberapa binaan batuan silam . Kuil yang telah diambil alih oleh kaum Thamud menunjukkan bahawa lukisan dinding mereka lebih dahulu wujud sebelum inskripsi pada dinding dan ruang-ruang oleh Nabatean . 8.5 km dari timur Wadi Rum di Disi , sekumpulan ekspedisi Itali telah menemui tapak awal nabatean sebelum mereka beralih ke Petra . wadi Rum merupakan pusat kawalan Putera Faisal Hussein dan T.E. Lawrence semasa Perang Dunia I mewakili Pemberontakan Arab terhadap Turki Othmaniyyah . Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam menentang bagi pihak Arab . Rumahnya didirikan di sini dan Lawrence juga telah menamakan satu kawasan berbukit sebagai Seven Pillars of Wisdom dan telah menjadi inspirasi kepada bukunya dengan nama yang sama .

Lawrence’s Spring

Terletak di cenuram di bahagian Timur Bukit Rum merupakan himpunan beberapa mata air panas yang telah dikenal pasti oleh Lawrence of Arabia semasa ketibaannya di Wadi Rum pada September 1917 telah menyatakan berkenaan air panas ini : Umpama syurga seluas lima kaki persegi dengan paku-pakis yang tebal dan rumput dengan kehijauan yang terbaik pada pandangan mata .

Kazali Canyon

Karak Castle

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan . Jelas kelihatan dari sini jalan perdagangan dan laluan haji ke Makkah di Lebuh Raya di-Raja dan berhampiran dengannya adalah Laut Mati serta Jerusalem . Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka . Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .

Amman

Rekod atau manuskrip pertama mengenai Amman menunjukkan namanya dahulu dikenali sebagai Rabbath-Ammon yang merupakan pusat pemerintahan Ammonites sekitar tahun 1200 SM . Menjelang pemerintahan Ptolemy Philadelphus ( 283-246 SM ) bandar ini dibangunkan semula dan dinamakan sebagai Philadelphia . Apabila bandar ini dikuasai oleh Raja Herod pada 30 SM ia telah menjadi sebahagian dari Empayar Roman seterusnya bergabung dalam Decapolis ( 10 bandar Greco-Roman yang bebas dalam lingkungan kuasa komersil , politik dan kebudayaan termasuk Damsyiq , Pella , Jerash , Umm Qays ) .

Madaba

Perjalanan ke Madaba akan merentasi Lebuh Raya di-Raja yang berusia 5000 tahun . Madaba dikenali sebagai Bandar Mozek dan tarikan utama ke sini adalah kerana peta Mozek Byzantine untuk Jerusalem dan beberapa tempat suci yang lain di samping beratus-ratus bentuk mozek yang lain . Peta Mozek ini ditemui pada 1884 M dan seterusnya dipelihara di Gereja Ortodoks Greek St. George di sini yang dibina 1897 M . Peta ini dibuat oleh seorang pakar mozek yang tidak diketahui pada pertengahan kurun ke-6 M . Peta ini merupakan antara peta silam yang lengkap dan terperinci meliputi tanah di timur dan barat Sungai Jordan , dari Lubnan ke Mesir , dan dari padang pasar ke Mediterranean dan dibuat berdasarkan kepercayaan terhadap kitab Bible .

Mount Nebo

Bukit Nebo ini terletak berhampiran Madaba dan didakwa sebagai tempat di mana Musa as dikebumikan . Dari atas Mount Nebo , pengunjung dapat menikmati pemandangan Lembah Jordan , Laut Mati dan juga Jerusalem serta Baitulaham . Pada 393 M sebuah gereja telah dibina . Pada kurun ke-7 M bukit ini menjadi tempat perkumpulan bagi para haji yang datang dari jauh . Memorial dari gangsa berbentuk ular yang meliliti palang Salib dibuat oleh Gian – Paolo Fantoni of Florence . Ular yang ditunjukkan adalah simbolik kepada ular yang kononnya ditemui di padang pasir dan dipelihara Musa dan sebegitu juga dengan penyaliban Isa yang bertujuan untuk menebus dosa umatnya . Memorial ini dibuat juga atas kepercayaan kepada kitab Injil ( mereka bertunjangkan pada John 3:14-15 ) .

Gambar-gambar kenangan di sana.

masjid hussin..terletak di tgah2 bandar ammman juga menjadi destinasi pertama penulis


jamiah mu’tah…besaqnya lebih kurang UIA mlysia la…tp…ah x pyh cta la ..


ni abg faiz tanzizi taun 2 mu’tah..dia senior pnulis waktu kat SMIDU dlu..penulis bermalam dia qmah dia la 3 ari


ziarah sahabat smidu ..syed mazlan(siter klabu putih ujung skali).i.allah 2 bln lg timang chaya mata sulung…yang len member2 bru..

masjid hussin di mu’tah..tempat bersemadinya 3 org shabt rasulullah saw..jaafar attayyar.abdullah rawahah n zaid harithah.

makam zaid harithah..

sekian..wassalam.

Warkah Sahabat


Sahabat,
Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu. Semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati. Surat dan segala pemberianmu menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di sekolah, aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita dan menegakkan syiar Islam.
Terima kasih di atas doronganmu untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampu aku hindari. Setiap detik bersama menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidk pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwamu sama sepertiku.
Namun aku mengerti mimpiku tidak mungkin menjadi kenyataan kerana antara kita dipisahkan oleh sebuah tembok yang cukup tebal. Kau yang menjadi idaman ramai pasti dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan reda dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tidak menyesali fitrah diri.
Sahabat,
Percayalah walaupun kau tiada di sisi, jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamaku dan untuk kali terakhir, izinkan aku menyebut kalimah yang tak mampu kuluahkan dihadapanmu selama ini….Aku cinta padamu…..
Sahabatmu.

Suara Hati Untuk Sahabat..

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya

 Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
 Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
 Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
 Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
 Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Pemuda Ulprotivis – Saya bukanlah sahabat yang sempurna dan terbaik, maafkan saya andai ada janji yang telah dimungkiri, ada kata yang menyinggung perasaan atau ada tindakan yang meninggalkan luka..

semoga ikatan persahabatan yang dijalingkan kekal selamanya….
juga mudah-mudahan pertemuan kita diakhiri dengan pertemuan semula di SYURGA yang kekal abadi…amin

Istiqamah Dalam Mujahadah


Ramai yang tahu dam mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?
Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu. Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?
Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.
Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.
Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.
Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.
Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.
Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.
Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.
Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.
Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.
Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.Firman Allah : ” Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.” (As-Syura :15)
Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Membina Ukhuwah Sejati


MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

SYARAT-SYARAT UKHWAH

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)

Hak-Hak Ukhwah
a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

KESATUAN AQIDAH

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.

KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.

Sultan Muhamad Al-Fateh


sultan muhamad al-fateh
*HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE*

*Sabda Rasulullah saw ketika menggali Khandaq; *

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
-Hadis riwayat Imam Ahmad-

Umat Islam berlumba-lumba untuk membebaskan Constantinople demi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab:

“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda dari sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut *“sebaik-baik raja”** dan “sebaik-baik tentera”* di dalam Hadis tersebut?.

*PENGENALAN *

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki -Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai *”sebaik-baik raja”* di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran *Muhammad Al-Fateh* dan *Muhammad The Conqueror* kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Dan Ada dikalangan ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat akibat diracun.

*PENDIDIKAN *

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang *fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

*Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.

Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

*KEPERIBADIAN *

Baginda sentiasa bersifat *tawadhu’ dan rendah diri* . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga orang-orang disekeliling dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama’ dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

*PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE*

kota kostantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.

Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibin oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama’ dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah.

Tentera Byzantine gementar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

*MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE*

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

*Menara Bergerak*

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

*Bantuan Dari Pope Vatican*

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah Kapal Armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan Kapal Armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

*Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung*

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai *antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia* oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

*Memanjat dan Melastik Dinding Kota *

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

*Karisma Seorang Pemimpin*

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya:

“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

*Penawanan Constantinople*

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada *Islambol (Islam keseluruhan)*. Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya-Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran *”Al-Fateh” *iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

*SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA*

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.

Baginda *tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh* . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali.

Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Syahidnya Si Kecil


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid. Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. “Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!”

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.

Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana walid pergi. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

“Adik nak ikut walid” Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik kesat air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi pun senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek.

Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal, pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa.

Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. “Adik jaga ummi ya” pesan abang. “Abang nak pergi mana?” tanya adik seperti orang bodoh. “Abang nak pergi berjuang”. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. “Isra..Israfil.” terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. “Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.

Israel.” Ummi membetulkan sebutan adik. “Is.ra.el” akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat.

Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulut, tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulut ummi dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

“Ummi, Kenapa kita hidup susah?” adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di riba ummi. Ummi mengelus lembut rambut adik. “Kita kena sabar sebab sabar itu cantik” ujar ummi perlahan. “Cantik macam syurga ke ummi?” adik tanya lagi. Ummi senyum. “Nabi Muhammad pun hidup susah juga.

Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh Nabi. Nabi sabar, Nabi tak cepat putus asa” sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. “Bismillahirrahmanirrahim..” Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

“Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid”, muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. “Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak” terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil, bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik, abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka, tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik kerana tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.

Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba….. “Muhammad!!!!!!!” Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

“Ummi..adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang” terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wal-Lahu a’lam.

“Sesungguhnya kami mendidik generasi pejuang hari ini 20 tahun sebelum kelahiran mereka.”- Osama Ben Laden

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (٢٧)ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (٢٨)فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (٢٩)وَادْخُلِي جَنَّتِي (٣٠

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -27 .”Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! .28 .”Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia .29 .”Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “30. Surah Al-Fajr – Ayat 27-30

Istiqamah Dalam Islam


gambar hiasan
Ada hadis lain yang mengatakan jangan kamu minta dari Tuhan kewalian tetapi mintalah istiqomah sebab istiqomah itu adalah satu ciri wali . Bila kita istiqomah atau tetap pendirian, bukan senang. Orang bertaqwa zaman dulu pernah buat pengakuan susah nak istiqomah. Kalau ada orang boleh istiqomah 40 hari berturut-turut itu luar biasa.

Istiqomah yang besar-besar yang akan kita bahas diantaranya
1. Tentang akidah.
2. Ibadah asas, ibu ibadah terutama sembahyang .
3. Jamaah.
4. Perjuangan dll.

1. Orang yang istiqomah dalam akidah .
Orang yang benar-benar kenal Tuhan, ada kesan pada peribadinya. Dia takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa hamba Tuhan, dia rasa bertuhan, tawadhuk dengan Tuhan, syukur dengan Tuhan, sekaligus apa yang disebut tadi itu akhlak dengan Tuhan . Bagi orang yang berakidah benar-benar kenal Tuhan, otomatik lahir dari dirinya peribadinya akhlak dengan Tuhan, takut, cinta, tawadhu, sabar, redho, syukur. Senang ke nak istiqomah? Takut dengan Tuhan, redho dengan Tuhan, senang ke istiqomah? Merendah diri, malu dengan Tuhan, tawadhuk dengan Tuhan, senang ke nak istiqomah? Kita dalam sembahyang pun tak ada rasa, diluar sembahyang lagilah. Padahal Tuhan itu, kalau orang benar-benar kenal, lebih terserlah daripada harimau cuma tak nampak. Kalau berhadapan dengan harimau boleh istiqomah. Berhadapan dengan harimau berlaku ke sekejap takut sekejap tak takut? Tuhan lebih hebat dari harimau.. Tapi depan Tuhan sekejap takut sekejap tak takut. Nak istiqomah akhlak dengan
Tuhan, susah. Kadang takut, kadang tak takut, kadang sabar kadang tak sabar. Sebab itu Rasulullah SAW kata jangan minta jadi wali, mintalah jadi istiqomah, istiqomah satu ciri dari wali.
Nak istiqomah takut dengan Tuhan, rasa hamba, tawadhuk bukan senang. Nak istiqomah yang besar iaitu takut Tuhan bukan mudah lagilah yang lain. Pakej akidah dengan Tuhan, rasa hamba, takut, cinta redho, tawadhuk … senang ke nak istiqomah? Kenal lah diri kita siapa.

2. Istiqomah dalam sembahyang fardhu.
Dia ada 3 pakej :
a. Sembahyang atas waktu.
b. Berjemaah.
c. Khusyuk .

Syarat rukun dah maklum, kita tak bahas. Yang paling ringan, sembahyang di atas waktu, nak kekalkan 40 hari pun payah. Kalau kekal 40 hari, susah nak jemaah pula. Kalau dapat berjemaah, sekejap khusyuk sekejap tak khusyuk. Kalau kita dapat benda yang gembira terbawa dalam sembahyang. Ada orang dapat tebus hutang, terbawa dalam sembahyang. Mana khusyuk lagi. Dapat nikmat duit, hilang nikmat khusyuk.

Jadi nak istiqomah dalam hal sembahyang dalam 3 aspek tadi susah. Kalau bolehlah dapat 40 hari cukup. Itu sudah luar biasa.`Side effect`nya kalau benar-benar sembahyang di atas waktu, berjemaah dan khusyuk,akan dapat berakhlak dengan manusia,kasih sayang,dapat bekerjasama, tolak ansur, perikemanusiaan, maaf bermaaf, pemurah. Kalau dapat kekal di atas waktu, kekal berjemaah, tak khusyuk, maka susah nak berakhlak dengan manusia, sebab tak hayati, iaitu tak dapat berakhlak dengan manusia, tak dapat berkasih sayang, dan tak dapat bekerjasama.

3. Istiqomah dalam jemaah .
Untuk istiqomah berada dalam jemaah senang tapi nak istiqomah dalam komitmen, rasa tanggung jawab pada jemaah, mengisi jemaah susah. Menjiwai jemaah tak istiqomah.

4. Berjuang.
Senang ke nak istiqomah dalam berjuang. Kadang sungguh-sungguh kadang tak sungguh-sungguh turun naik. Bila ada masalah sikit, dah `slow`. Susah nak istiqomah dalam berjuang. Begitu juga nak istiqomah dalam berkorban susah. Siti Aisyah kerana istiqomah dia kekalkan setiap hari sedekah, waktu tak ada apa yang nak dimakan, dia tak mahu batalkan sedekah, setidaknya dia sedekah setengah kurma supaya tidak terputus istiqomah .

Kalau 4 perkara besar-besar ini kita susah nak istiqomah, perkara-perkara kecil lagi susah. Nak sembahyang malam, tawadhuk, pentingkan orang lain, senang ke nak istiqomah? Nak kekalkan benda-benda sunat lagi susah. Yang besar-besar, penting-penting tak mampu kita buat. Sebab itu Rasulullah SAW kata jangan minta jadi wali, minta istiqomah, sebab istiqomah itu ciri wali . Kalau benda-benda besar boleh istiqomah, itu luar biasa. Siapa dapat istiqomah yang besar-besar tadi 40 hari luar biasa. Kita ikut Islam ikut-ikutan, belajar ilmu tak habis, mengaji tak serius. Kita tak dididik begitu.. Katalah dalam hal ilmu, apa kata Rasulullah SAW? Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ilmu penting, ilmu menyuluh, sebab itu jangan rehat belajar dari buaian sampai nak mati. Kita lepas sekolah tak mengaji lagi, dapat BA, Master cukup.

Jadi belajar ilmu kena istiqomah bukan sembahyang saja sebab dari ilmulah sembahyang jadi baik, berjuang jadi baik, jemaah lagi baik dan lain-lain lagi.. Dari ilmu juga, ada masalah boleh selesaikan, kasih sayang bertambah baik. Sebab itu diperintahkan menuntut ilmu dari buaian hingga liang lahad.

Manhaj Tarbiah Yang Berkesan


MANHAJ TARBIAH

Tarbiah atau pendidikan bertolak daripada titik pemikiran dan peradaban sesuatu bangsa, berkisar pada bagaimana manusia melihat dan menilai kehidupan ini. Lalu ianya dicurahkan secara berperingkat- peringkat agar ia dapat diterima oleh individu atau perkumpulan yang lain sama ada dalam masyarakat itu sendiri atau kelompok yang luar.

Bagi dunia barat, ‘pendidikan boleh diandaikan sebagai proses penyebaran nilai-nilai dan himpunan ilmu pengetahuan dalam sesuatu masyarakat’. . pendidikan telah memandu pemikiran manusia untuk mengenali budaya, membentuk tingkah laku mereka untuk menuju usia matang dan mengarahkan mereka menuju kepada peranan yang akan dimainkannya dalam masyarakat.

Secara ringkasnya, mana-mana masyarakat sekali pun memerlukan pendidikan sebagai satu proses pembinaan serta penerapan nilai-nilai untuk menjamin survival ideologi yang diterima pakai dalam masyarakat tersebut. Bagi masyarakat yang menganut fahaman komunisme atau sekularisme sebagai contoh, yang mana mereka percaya dan mendokong ideologi-ideologi itu pasti akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pendidikan terhadap generasi mudanya. Begitulah juga bagi ideologi-ideologi lain yang berkembang dalam masyarakat dunia semenjak dahulu sehingga kini, sekiranya kita melihat sejarah perkembangan tamadun manusia.

Bagi manusia yang terpengaruh dengan keduniaan dan materialisme, pendidikan bagi mereka hanyalah terhad untuk memenuhi keperluan dan tuntutan tersebut. Akan tetapi bagi Islam matlamat pendidikan atau tarbiah jauh lebih luas untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Demikianlah halnya dengan masyarakat Islam, apabila peradaban yang meliputi kehidupan dan mempengaruhi pemikiran mereka berpaksikan keimanan kepada ALLAH  dan peranan dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya serta hubungkaitnya dengan kejadian alam ini, maka masyarakat Islam tersebut pasti akan memastikan iman itu terus subur dalam masyarakatnya generasi demi generasi melalui lapangan pendidikan atau tarbiah. Namun begitu, tarbiah juga menjadi suatu keperluan yang mendesak terutamanya apabila berlaku kerosakan serta terhapusnya nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat.

Dalam pembentangan kertas kerja ini, kita akan membincangkan secara ringkas berkenaan tarbiah dari perspektif Islam atau Tarbiah Islamiah; iaitu pendidikan mengikut nilai-nilai Islam. Oleh kerana skop perbincangan ini terlalu luas, kita hanya akan menumpukan kepada pengenalan tarbiah bagi melahirkan golongan solihin sebagai kesinambungan dari tajuk yang lalu iaitu manhaj dakwah yang berperanan mewujudkan golongan mukminin. Kita telah pun menyebutkan tentang ikatan iman dan amal menjadi syarat mendapat kemenangan di dunia dan akhirat berdasarkan ayat-ayat al-Quran al-Karim.

Ta’arif Tarbiah

Perkataan tarbiah dalam bahasa Melayu bermakna: pendidikan, pengasuhan . ‘Tarbiah’ diambil daripada bahasa Arab (تربية) berasal daripada kalimah (رَبَّى):

رَبَّى يُرَبِّي تَرْبِيَةً مُرَبٍّ (المُرَبِّي) مُرَبًّي
رَبَّى الأب ابنه : هذّبه ونمى قوّاه الجسمية والعقلية والخلقية
Seorang ayah mentarbiah anak lelakinya (bermaksud): mendidik dan menambahkan kekuatannya jasmani, akal dan akhlak.

Sesungguhnya mafhum tarbiah (dalam bahasa Arab) berasal daripada fi’il mu’tad (فعل معتد), bermakna ia memerlukan fa’il (فاعل) dan maf’ul (مفعول). Kedua-duanya berada dalam hubungan yang tertentu iaitu pertambahan (التنمية) dan pengasuhan (التنشئة). Seorang pendidik itu (المُرَبِّي) dan orang yang dididik (المربَّى) kedua-dua sama-sama berkongsi suka duka dan perkara-perkara tertentu.

Di antara kefahaman tarbiah dari segi istilah ialah:

1. Sesungguhnya tarbiah itu adalah bersifat praktikal yang berkembang di mana insan membesar melaluinya semenjak kanak-kanak sehingga ia matang dalam keadaan dia terbentuk bersama matlamat persekitaran dan masyarakat.

2. Bahawa tarbiah itu adalah bersifat praktikal yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamatny a, ia mengutamakan akal insan, kewujudannya, rohaninya, jasmaninya, nilainya, halatujunya dan segala kemahiran serta pemikiran yang terdapat pada dirinya.

3. Bahawa tarbiah itu memerlukan perancangan yang berperingkat yang mana berjalan di dalamnya kerja-io0lkerja pendidikan dan pengajaran menurut tertib yang tersusun serta secara langsung, ia berubah dari masa ke semasa dan peringkat demi peringkat bersama perkembangan seorang remaja.

Walau bagaimanapun, dalam sirah nabawiyyah kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW menjalankan madrasah tarbiah baginda di kalangan para sahabat r.a.hum dan proses tarbiah ini berjalan tanpa mengira usia mereka. Dalam tarbiah Islamiah, seseorang individu itu akan terus merasai pendidikan sehingga ke akhir hayat.

Asas-asas Tarbiah Islamiah

Apabila seseorang insan itu telah menerima Islam dan beriman kepada ALLAH, maka dia perlu menyedari tugasnya sebagai hamba ALLAH dan tujuan dia diciptakan. Firman ALLAH SWT:
(Maksudnya) “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (az-Zariyat: 56)

Maka asas dalam tarbiah Islamiah adalah ketundukan dan kepatuhan seseorang hamba kepada Tuhannya yang dengan itu dia akan berusaha mendapatkan keredaan ALLAH dengan mengerjakan ibadat kepadaNya dan menjaga hubungan sesama makhluk-makhluk ALLAH.

Manhaj Tarbiah Mengikut Al-Quran

Apabila kita menyedari bahawa kerosakan yang berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini menyerupai ciri-ciri jahiliah yang terdahulu pada sebahagian bentuk-bentuknya, maka kaedah dan jalan untuk memperbaiki atau melakukan islah dalam masyarakat tersebut hendaklah melalui cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS telah berdoa kepada ALLAH SWT agar diutuskan kepada seorang Rasul kepada umat ini. Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Wahai! TUHAN kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah: 129)

Melalui ayat di atas, Nabi Ibrahim AS berdoa kepada ALLAH agar Rasul yang akan diutuskan itu akan:
1. Membacakan kepada kaumnya ayat-ayat ALLAH.
2. Mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah).
3. Mensucikan mereka.

Bagaimanapun ALLAH SWT memberikan jawapan kepada doa tersebut dengan firmanNya: (Maksudnya) “Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan memsucikan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.” (al-Baqarah: 151)

(Maksudnya) “Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari kalangan mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). Dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata” (al-Jum’ah: 2)

Melalui ayat-ayat di atas, ALLAH menyatakan susunan yang perlu diikuti oleh Rasul yang diutuskan:
1. Membacakan kepada kaumnya ayat-ayat ALLAH.
2. Mensucikan mereka.
3. Mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah).

Sebagai mengikut susunan tersebut, keutamaan perlu diberikan kepada peringkat yang pertama di atas iaitu membacakan kepada ayat-ayat ALLAH; menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH sehingga mereka beriman. Ini merupakan peringkat pertama yang perlu dilalui dalam proses tarbiah dan ianya telah pun kita sentuh dalam bahagian pertama iaitu dalam manhaj dakwah.

Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Sesungguhnya ALLAH telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat ALLAH (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan ALLAH dan kekuasaanNya) , dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab ALLAH (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali ‘Imran: 164)

Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Dan tiadalah Kami mengutus engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (AL-Anbiya’: 107)

ALLAH mengutuskan Rasul-Nya daripada kalangan kaum itu sendiri dengan itu ia mengetahui suasana dan keperluan untuk menjalankan seruan risalah dan melakukan tarbiah kepada kaumnya. Bagi menghadapi keperluan kaum dan bangsa yang berlainan, asas bagi melakukan islah dan mentarbiah umat ini perlulah mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Rasulullah SAW diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam dan sebagai rasul yang terakhir bagi umat manusia. Maka manhaj yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah contoh tunggal untuk diikuti oleh seluruh umat yang mengikut seruan baginda dalam melakukan islah setelah umat tersebut berada dalam kesesatan dan kerosakan. ALLAH SWT menyatakan peringkat-peringkat tersebut secara tersusun.

Setelah kita meyakinkan manusia untuk beriman kepada ALLAH maka peringkat seterusnya ialah mendahulukan (تزكية) penyucian sebelum mengajarkan al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) kerana kedua-dua sumber tersebut adalah suci dan tidak dapat diterima oleh seseorang hamba itu melainkan apabila hati dan iktikadnya suci